Wednesday, June 27, 2012

Google memperkenalkan Nexus Tablet

Google telah memperkenalkan Nexus tablet, yang dikatakan dipasarkan untuk menyaingi Amazon Kindle Fire. Menurut artikel di sini, ia berharga sehingga USD249 (dalam RM750), yang sememangnya adalah dalam harga pasaran Kindle Fire. Dari segi spesifikasi, tiada yang menarik sangat. Ia tiada sambungan 3G dan hanya Wifi, tiada slot microSD dan dipasarkan dalam unit storan dalaman 8-16GB. Satu jumlah yang cukup kecil untuk pasaran tablet. Ada baiknya storan 16-32GB berbanding hanya 8GB tanpa microSD! Dari segi tarikan, memandangkan ia datang dari Google, tablet ini mendapat keistimewaan didatangkan dengan sistem operasi Android 4.1 Jelly Bean.

Adakah anda mahu memiliki unit ini apabila ia di pasaran kelak?

Perbandingan spesifikasi berbanding dengan New Ipad, Kindle Fire boleh dilihat di sini

2 comments:

  1. Tentera menggunakan teknologi telefon Android dalam medan pertempuran:

    Telefon pintar berteknologi Android kini turut sama 'berperang' di medan peperangan untuk membantu tentera dengan mengenal pasti lokasi laluan & pasukan yang lain serta membantu membina taktikal sistem pertahanan pasukan selain sebagai peranti komunikasi di mana teknologi ini hanya dimiliki oleh tentera Amerika Syarikat. Pihak tentera juga telah melancarkan versi terbaru prototaip yang diberi nama Army Software Marketplace iaitu sebuah laman web yang menyediakan muat turun aplikasi perisian bagi peranti yang telah disahkan di dalam rangkaian tentera.

    Baca artikel sepenuhnya di www.gombug.net

    ReplyDelete