Showing posts with label honeycomb. Show all posts
Showing posts with label honeycomb. Show all posts

Sunday, February 12, 2012

Kemaskini 3.2 untuk Tablet 10.1 Samsung

Bagi yang mempunyai P7500 (Samsung Tablet 10.1"), kemaskini 3.2 Honeycomb sudah boleh dimuat turun.

Pergi ke Settings-> About Tablet -> Software Update

Sunday, September 4, 2011

Penilaian Saya Mengenai Samsung Galaxy Tab 10.1

Syukur kepada Allah disebabkan Dia memberi saya peluang untuk memiliki peranti Android saya yang seterusnya, sebuah tablet Samsung 10.1 yang saya sasarkan untuk digunakan bagi fungsi e-book dengan skrinnya yang besar, begitu juga dengan fungsi pengkomputeran yang lainnya.

Peranti ini dibeli di sebuah outlet yang saya pernah kunjungi (sebelum ni saya beli telefon bimbit dan lain-lain di situ juga, sebab dah biasa dan reliable).



Komen saya:

1- Ia tidak berfungsi sebagai telefon, dan tiada phonebook, jadi perisian WhatsApp tidak dapat digunakan
2- Tiada microSD - jadi saya guna FTP over Wifi, Dropbox, BlueTooth untuk memindahkan fail. Boleh juga guna kabel USB (yg juga boleh dipasang ke plug seperti peranti Samsung yg lain) untuk memindahkan fail. Tetapi, fungsi charging dari komputer tidak disokong seperti telefon bimbit Samsung. Kemungkinan kerana bateri tablet yg memerlukan kuasa yang lebih. Saya juga menggunakan AndroFTP untuk memindahkan fail dari Samsung SL saya kepada tablet ini.. saya memang kurang gemar menggunakan BlueTooth.

3-Yang lain-lain sama saja. Oleh kerana ia menggunakan OS HoneyComb 3.1, maka antaramuka (UI) telah diserasikan untuk kegunaan tablet. Ini berbeza dengan versi Froyo pada SGT 7" Tablet sebelumnya.