Showing posts with label jellybean. Show all posts
Showing posts with label jellybean. Show all posts

Wednesday, June 27, 2012

Google memperkenalkan Nexus Tablet

Google telah memperkenalkan Nexus tablet, yang dikatakan dipasarkan untuk menyaingi Amazon Kindle Fire. Menurut artikel di sini, ia berharga sehingga USD249 (dalam RM750), yang sememangnya adalah dalam harga pasaran Kindle Fire. Dari segi spesifikasi, tiada yang menarik sangat. Ia tiada sambungan 3G dan hanya Wifi, tiada slot microSD dan dipasarkan dalam unit storan dalaman 8-16GB. Satu jumlah yang cukup kecil untuk pasaran tablet. Ada baiknya storan 16-32GB berbanding hanya 8GB tanpa microSD! Dari segi tarikan, memandangkan ia datang dari Google, tablet ini mendapat keistimewaan didatangkan dengan sistem operasi Android 4.1 Jelly Bean.

Adakah anda mahu memiliki unit ini apabila ia di pasaran kelak?

Perbandingan spesifikasi berbanding dengan New Ipad, Kindle Fire boleh dilihat di sini