Showing posts with label nexus. Show all posts
Showing posts with label nexus. Show all posts

Thursday, September 27, 2012

Samsung Galaxy Nexus II (i9260) bakal dilancarkan

Ada beberapa laman web yang membuat liputan mengenai gajet terkini memaparkan gambar yang dihasilkan menerusi Galaxy II. Info tersebut berdasarkan maklumat EXIF pada gambar berkenaan di Picasa.

Gambar hiasan saja


Setakat ini apa yang diketahui, spesifikasi telefon tersebut adalah:

  • 1.5 dual core CPU
  • ada microSD slot
  • 2GB RAM

Saya tahu info ni sebab tanya Nexus yang lama (i9250), vendor kata produk dah discontinue sebab model baru ni.

Monday, September 24, 2012

Asus melancarkan Tablet Nexus 7 di Malaysia!

Akhirnya setelah beberapa bulan sampai juga Asus Nexus 7 ni di Malaysia. Walaubagaimanapun hanya unit 16GB yang dibawa masuk secara rasmi. Harga runcit adalah RM999.


Adakah anda memiliki tablet ini?

Secara peribadi saya pernah memiliki Samsung Tablet 10.1" dan SGT 7" Plus dulu, tetapi oleh kerana jarang digunakan, akhirnya saya mengambil keputusan untuk menjual sahaja tablet tersebut.


Sumber

Thursday, August 9, 2012

Nexus Tablet dari IPMart

IPMart mula memasarkan Nexus tablet yang belum lagi dibawa masuk secara rasmi ke Malaysia dengan harga RM899 untuk 8GB dan RM1,249 untuk 16GB

Adakah anda akan memiliknya?



*kredit dari sini

Wednesday, June 27, 2012

Google memperkenalkan Nexus Tablet

Google telah memperkenalkan Nexus tablet, yang dikatakan dipasarkan untuk menyaingi Amazon Kindle Fire. Menurut artikel di sini, ia berharga sehingga USD249 (dalam RM750), yang sememangnya adalah dalam harga pasaran Kindle Fire. Dari segi spesifikasi, tiada yang menarik sangat. Ia tiada sambungan 3G dan hanya Wifi, tiada slot microSD dan dipasarkan dalam unit storan dalaman 8-16GB. Satu jumlah yang cukup kecil untuk pasaran tablet. Ada baiknya storan 16-32GB berbanding hanya 8GB tanpa microSD! Dari segi tarikan, memandangkan ia datang dari Google, tablet ini mendapat keistimewaan didatangkan dengan sistem operasi Android 4.1 Jelly Bean.

Adakah anda mahu memiliki unit ini apabila ia di pasaran kelak?

Perbandingan spesifikasi berbanding dengan New Ipad, Kindle Fire boleh dilihat di sini