Akhirnya setelah beberapa bulan sampai juga Asus Nexus 7 ni di Malaysia. Walaubagaimanapun hanya unit 16GB yang dibawa masuk secara rasmi. Harga runcit adalah RM999.
Adakah anda memiliki tablet ini?
Secara peribadi saya pernah memiliki Samsung Tablet 10.1" dan SGT 7" Plus dulu, tetapi oleh kerana jarang digunakan, akhirnya saya mengambil keputusan untuk menjual sahaja tablet tersebut.
Sumber
Showing posts with label tablet. Show all posts
Showing posts with label tablet. Show all posts
Monday, September 24, 2012
Thursday, August 9, 2012
Nexus Tablet dari IPMart
IPMart mula memasarkan Nexus tablet yang belum lagi dibawa masuk secara rasmi ke Malaysia dengan harga RM899 untuk 8GB dan RM1,249 untuk 16GB
Adakah anda akan memiliknya?
*kredit dari sini
Wednesday, June 27, 2012
Google memperkenalkan Nexus Tablet
Google telah memperkenalkan Nexus tablet, yang dikatakan dipasarkan untuk menyaingi Amazon Kindle Fire. Menurut artikel di sini, ia berharga sehingga USD249 (dalam RM750), yang sememangnya adalah dalam harga pasaran Kindle Fire. Dari segi spesifikasi, tiada yang menarik sangat. Ia tiada sambungan 3G dan hanya Wifi, tiada slot microSD dan dipasarkan dalam unit storan dalaman 8-16GB. Satu jumlah yang cukup kecil untuk pasaran tablet. Ada baiknya storan 16-32GB berbanding hanya 8GB tanpa microSD! Dari segi tarikan, memandangkan ia datang dari Google, tablet ini mendapat keistimewaan didatangkan dengan sistem operasi Android 4.1 Jelly Bean.
Adakah anda mahu memiliki unit ini apabila ia di pasaran kelak?
Perbandingan spesifikasi berbanding dengan New Ipad, Kindle Fire boleh dilihat di sini
Perbandingan spesifikasi berbanding dengan New Ipad, Kindle Fire boleh dilihat di sini
Thursday, May 24, 2012
Tablet 1Malaysia
Tablet 1Malaysia dilancarkan oleh MaltechPro dengan harga RM999.
Point penting:
-ada fungsi messenger customized untuk tablet ni, tapi tak tau feature dia sesama tablet 1Malaysia ni atau cross platform macam Viber, Whatsapp
-ada diskaun untuk golongan siswa
-harga RM999 ni harga pengenalan [you better be good, China made tablets are even cheaper so....]
-tunggu sajalah apa ciri-cirinya. Kalau honeycomb 3.2, fine. ICS even better sebab contohnya SGT 7+ boleh buat call, cuma honeycomb 3.2
sumber: sini dan sini
Wednesday, February 29, 2012
Samsung Galaxy Tab 2 10.1, berbaloikah?
Samsung memperkenalkan tablet terbaru mereka, SGT 2, 10.1 dengan sistem operasi Android Ice Cream Sandwich (ICS).
Dengan spesifikasi yang hampir sama dengan model sebelumnya, berbaloikah memilikinya?
Namun demikian, adalah sesuatu yang harus diperhatikan, Samsung Galaxy Tab 2 ini, atau dikenali SGT Note ini membolehkan ia berfungsi sebagai TELEFON, sesuatu yang tiada pada model sebelumnya. Ciri ini juga ada pada SGT 7" .
Saya percaya dengan kelebihan ini, berbaloi untuk bertukar ke SGT 2 10.1 ini. Nantikan saja ia berada di pasaran Malaysia tidak lama lagi.
Sunday, February 12, 2012
Kemaskini 3.2 untuk Tablet 10.1 Samsung
Bagi yang mempunyai P7500 (Samsung Tablet 10.1"), kemaskini 3.2 Honeycomb sudah boleh dimuat turun.
Pergi ke Settings-> About Tablet -> Software Update
Pergi ke Settings-> About Tablet -> Software Update
Sunday, September 4, 2011
Penilaian Saya Mengenai Samsung Galaxy Tab 10.1
Syukur kepada Allah disebabkan Dia memberi saya peluang untuk memiliki peranti Android saya yang seterusnya, sebuah tablet Samsung 10.1 yang saya sasarkan untuk digunakan bagi fungsi e-book dengan skrinnya yang besar, begitu juga dengan fungsi pengkomputeran yang lainnya.
Peranti ini dibeli di sebuah outlet yang saya pernah kunjungi (sebelum ni saya beli telefon bimbit dan lain-lain di situ juga, sebab dah biasa dan reliable).
Komen saya:
1- Ia tidak berfungsi sebagai telefon, dan tiada phonebook, jadi perisian WhatsApp tidak dapat digunakan
2- Tiada microSD - jadi saya guna FTP over Wifi, Dropbox, BlueTooth untuk memindahkan fail. Boleh juga guna kabel USB (yg juga boleh dipasang ke plug seperti peranti Samsung yg lain) untuk memindahkan fail. Tetapi, fungsi charging dari komputer tidak disokong seperti telefon bimbit Samsung. Kemungkinan kerana bateri tablet yg memerlukan kuasa yang lebih. Saya juga menggunakan AndroFTP untuk memindahkan fail dari Samsung SL saya kepada tablet ini.. saya memang kurang gemar menggunakan BlueTooth.
3-Yang lain-lain sama saja. Oleh kerana ia menggunakan OS HoneyComb 3.1, maka antaramuka (UI) telah diserasikan untuk kegunaan tablet. Ini berbeza dengan versi Froyo pada SGT 7" Tablet sebelumnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)

