Sunday, June 5, 2011
Friday, May 20, 2011
Peranti Android ke-3 saya
Salam Sejahtera.
Hampir setahun saya menggunakan peranti komunikasi berasaskan Android.. semuanya secara tidak sengaja. Namun jangan ketawa, tidak pernah sekalipun saya root perkakasan saya, terbaru saya cuba Unrevoke kepada HTC Wildfire saya (yg kemudiannya saya jual kepada seorang teman), tetapi disebabkan saya sudah kemaskini dari Eclair 2.1 ke Froyo 2.2 maka proses rooting tersebut tergendala.
Berikut adalah peranti Android yang pernah saya beli/belikan:
HTC Wildfire, telefon
Samsung Galaxy Tab, hadiah ulang tahun perkahwinan kepada isteri.. di mana saya mula main permainan Angry Bird
Terbaru.. Samsung Galaxy SL (Super Clear LCD).
Walaupun Wildfire punya spesifikasi pemproses yang kurang laju berbanding SGS SL, tetapi sekurang-kurangnya ia ada "flash" untuk kamera dan boleh digunakan sebagai "torch light" dan LED sekiranya ada SMS masuk. SGS, malangnya tiada ciri berkenaan.
Thursday, January 6, 2011
Backup No Phone anda dengan Listables
Ada di dalam Market. Boleh simpan sebagai CSV (Comma Separated Value) atau VCF.
Saya kemudian simpan dalam Dropbox saja.
Sunday, December 26, 2010
Membuat peta minda dengan thinking space
Anda punya waktu senggang menunggu seseorang,atau menunggu kereta anda diservis? Apa kata, jika anda punya idea, catatkan idea anda dalam peta minda dengan fon android anda...


Output boleh dibaca dengan freemind dalam linux dan sistem operasi lain yang menyokong freemind. Namun demikian, secara peribadi saya lebih (sangat!) menyukai output yang dihasilkan dengan Thinking Space ini.


Output boleh dibaca dengan freemind dalam linux dan sistem operasi lain yang menyokong freemind. Namun demikian, secara peribadi saya lebih (sangat!) menyukai output yang dihasilkan dengan Thinking Space ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)
