Salam Sejahtera.
Hampir setahun saya menggunakan peranti komunikasi berasaskan Android.. semuanya secara tidak sengaja. Namun jangan ketawa, tidak pernah sekalipun saya root perkakasan saya, terbaru saya cuba Unrevoke kepada HTC Wildfire saya (yg kemudiannya saya jual kepada seorang teman), tetapi disebabkan saya sudah kemaskini dari Eclair 2.1 ke Froyo 2.2 maka proses rooting tersebut tergendala.
Berikut adalah peranti Android yang pernah saya beli/belikan:
HTC Wildfire, telefon
Samsung Galaxy Tab, hadiah ulang tahun perkahwinan kepada isteri.. di mana saya mula main permainan Angry Bird
Terbaru.. Samsung Galaxy SL (Super Clear LCD).
Walaupun Wildfire punya spesifikasi pemproses yang kurang laju berbanding SGS SL, tetapi sekurang-kurangnya ia ada "flash" untuk kamera dan boleh digunakan sebagai "torch light" dan LED sekiranya ada SMS masuk. SGS, malangnya tiada ciri berkenaan.
No comments:
Post a Comment