Monday, September 24, 2012

Asus melancarkan Tablet Nexus 7 di Malaysia!

Akhirnya setelah beberapa bulan sampai juga Asus Nexus 7 ni di Malaysia. Walaubagaimanapun hanya unit 16GB yang dibawa masuk secara rasmi. Harga runcit adalah RM999.


Adakah anda memiliki tablet ini?

Secara peribadi saya pernah memiliki Samsung Tablet 10.1" dan SGT 7" Plus dulu, tetapi oleh kerana jarang digunakan, akhirnya saya mengambil keputusan untuk menjual sahaja tablet tersebut.


Sumber

Thursday, September 20, 2012

Off Topic: Nokia 920 vs IPhone 5




source: amanz.my

Pretty interesting comparison. Due to the issue of Apple "Flyover" maps that creates massive havoc, I think Nokia phones so far got the point to be owned ;)

Wednesday, August 22, 2012

HTC One X

Saya menjual phone Xperia Live Walkman saya kepada seorang lelaki Cina yang sudi membeli telefon saya setelah berurusan di forum Lowyat. Kebetulan saya nampak iklan HTC One X yang hanya dibeli lima hari (ada resit Sen Heng.. harga RM2K+) dan ingin dijual dengan nilai lebih rendah dari harga pasaran (RM1.65K adalah market price yang termurah).. maka saya beli HTC One X tu.

Yang saya suka pasal phone ni:

1- Quad core
2- Internal storage beso... 32GB
3- Dapat Dropbox storage on top of storage yg kita ada.. jadilah storan Dropbox saya 48GB.. boleh la letak harta karun kat situ
4-Skrin beso, tapi tak sebesor Galaxy Note.. 4.7"
5-Boleh charge guna micro USB kat kereta saya. Yang anehnya Xperia Live Walkman yang saya rasa charging power kurang dari phone ni tak boleh pulak charge guna USB kabel kat kereta

Yang tak berapa best:
1- Bateri cepat drain dan tak boleh ganti sendiri.. tak macam Note, SGS II.. kita boleh beli bateri dari Samsung or 3rd party .. even dulu consider nak beli Motorola Razr Maxx sebab bateri dia 3,000mAh boleh pakai sampai 21 jam. If traveling jauh naik flight or bas elok ambik Razr Maxx ni

Overall puas hatilah. Better dari TouchWiz samsung HTC Sense ni.. manyak syiok ooo.. harap2 telefon ni kekal lama sikit di tangan saya.. expected to hold this phone for two years. Dulu2 pakai phone mahal sikit phone tetiba meragam la lepas 6 bulan.. or mengalami kepokaian secara tiba2 akibat event2 tertentu yang nak guna duit banyak erkk..

Thursday, August 9, 2012

Nexus Tablet dari IPMart

IPMart mula memasarkan Nexus tablet yang belum lagi dibawa masuk secara rasmi ke Malaysia dengan harga RM899 untuk 8GB dan RM1,249 untuk 16GB

Adakah anda akan memiliknya?



*kredit dari sini

Wednesday, June 27, 2012

Google memperkenalkan Nexus Tablet

Google telah memperkenalkan Nexus tablet, yang dikatakan dipasarkan untuk menyaingi Amazon Kindle Fire. Menurut artikel di sini, ia berharga sehingga USD249 (dalam RM750), yang sememangnya adalah dalam harga pasaran Kindle Fire. Dari segi spesifikasi, tiada yang menarik sangat. Ia tiada sambungan 3G dan hanya Wifi, tiada slot microSD dan dipasarkan dalam unit storan dalaman 8-16GB. Satu jumlah yang cukup kecil untuk pasaran tablet. Ada baiknya storan 16-32GB berbanding hanya 8GB tanpa microSD! Dari segi tarikan, memandangkan ia datang dari Google, tablet ini mendapat keistimewaan didatangkan dengan sistem operasi Android 4.1 Jelly Bean.

Adakah anda mahu memiliki unit ini apabila ia di pasaran kelak?

Perbandingan spesifikasi berbanding dengan New Ipad, Kindle Fire boleh dilihat di sini

Tuesday, June 19, 2012