Wednesday, January 1, 2014

Cara compile kernel Android (draf, akan dikemaskini dari masa ke semasa)

Beberapa teman meminta saya mengajar cara untuk compile kernel Android. Di sini saya perturunkan beberapa jutsu yang saya kutip dari laman-laman yang berlainan, disebabkan beberapa isu yang unik pada laman sesawang masing-masing.

Secara ringkas, ilmu pengaturcaraan tidak diperlukan sama sekali untuk compile kernel Android. Tetapi, ia sangat membantu jika anda menghadapi masalah ketika proses compilation.

Berikut beberapa kemahiran yang perlu anda tahu:

1- Cara guna git.
2- Cara kernel Android berfungsi
3- Cara guna Linux menggunakan command line.

Disebabkan kernel Android berasal dari Linux, dengan beberapa keunikan seperti Bionic libraries, maka sekiranya anda pernah compile kernel Linux, maka caranya tidak jauh berbeza dengan kernel Android.

Cuma, disebabkan anda kena compile kernel Android ni dari komputer desktop/laptop anda, anda perlu melakukan proses "cross compiling" kerana ia melibatkan senibina pemprosesan yang berlainan, yakni dari hos x86/x_64 kepada ARM.

Untuk compilation kernel Android, penggunaan sistem operasi Linux dari distro Ubuntu 64 bit sahaja digalakkan. 32bit distro, mengikut pembacaan saya tidak boleh digunakan.

Proses muat turun kod sumber Android (source code)
Ada beberapa kod sumber yang boleh anda guna untuk proses kompilasi.. tetapi yang paling asasi ialah kod sumber dari git Android.

Untuk tutorial ini saya menggunakan contoh LG Nexus 4 (nama kod "mako")

Gunakan git;

git clone https://android.googlesource.com/kernel/msm.git

Satu direktori bernama "msm" akan dibentuk. Kalau anda mahu  gunakan nama sendiri untuk direktori/folder itu, gunakan

git clone https://android.googlesource.com/kernel/msm.git  nama-yg-anda-nak

Toolchain
Kemudian, anda perlukan toolchain (compiler silang platform) yang digunakan untuk compile kod sumber yang anda muat turun sebentar tadi ke di atas Intel x64 (64 bit) kepada ARM

Gunakan git lagi;
git clone https://android.googlesource.com/platform/prebuilts/gcc/linux-x86/arm/arm-linux-androideabi-4.7
Di sini anda perlu gunakan command "export" untuk mengemaskini kedudukan PATH yang anda ingin;

cd msm
export ARCH=arm
export SUBARCH=arm
najmi@vostro:~$ pwd
/home/najmi/msm
najmi@vostro:~$ export CROSS_COMPILE=$PWD/arm-linux-androideabi-4.7/bin/arm-linux-androideabi-
najmi@vostro:~$ echo $CROSS_COMPILE
/home/najmi/arm-linux-androideabi-4.7/bin/arm-linux-androideabi-
Kemudian dalam direktori "msm" tadi; laksanakan arahan ini, sekiranya Nexus 4, defconfig nya adalah mako, sekiranya Nexus 5, "hammerhead":

make mako_defconfig
Kemudian, berasaskan "core" CPU host komputer anda, gunakan arahan "make" . Nilai "-j" disertakan dengan jumlah "core" yang anda ada.

make -j4
 Kernel: arch/arm/boot/Image is ready
  AS      arch/arm/boot/compressed/head.o
  CC      arch/arm/boot/compressed/misc.o
  CC      arch/arm/boot/compressed/decompress.o
  GZIP    arch/arm/boot/compressed/piggy.gzip
  CC      arch/arm/boot/compressed/string.o
  SHIPPED arch/arm/boot/compressed/lib1funcs.S
  SHIPPED arch/arm/boot/compressed/ashldi3.S
  AS      arch/arm/boot/compressed/lib1funcs.o
  AS      arch/arm/boot/compressed/ashldi3.o
  AS      arch/arm/boot/compressed/piggy.gzip.o
  LD      arch/arm/boot/compressed/vmlinux
  OBJCOPY arch/arm/boot/zImage
  Kernel: arch/arm/boot/zImage is ready
Sekiranya proses compilation tidak mengalami masalah, anda akan dapat satu file yang diperlukan, iaitu zImage. 

Tuesday, December 31, 2013

Ampang Kernel, kernel Android berasaskan kod sumber AOSP

Saya telah memulakan projek kernel saya, Ampang Kernel untuk KitKat yang berasaskan kod sumber KitKat AOSP dari Google.

Rujuk laman projek saya di XDA

Thursday, December 26, 2013

MotoX 4.4 patch untuk Nexus 4 ROM

Kalau ikut artikel di sini, anda boleh menujah aras Nexus 4 anda ke tahap yang lebih bagus menggunakan tepekan MotoX 4.4

Rujuk sini

Saturday, December 21, 2013

Aufa's Kernel, untuk Nexus 4/Mako bagi Cyanogen Mod 11 variants

Saya telah membangunkan satu kernel yang berasaskan CAF/CyanogenMod 11 iaitu Aufa' Kernel

Boleh rujuk di laman XDA, di sini

Saya tak mampu nak kemaskini di blog ni dan di XDA.. jadi sila rujuk di sana terus :)

Kod sumber/source code boleh rujuk di sini.. kalau nak compile from source ;)

Keistimewaan:
Boleh guna untuk CM 11 variant (CM 11, Beanstalk ROM, BS Harmony, Sentinel dll)
Ada sweep2sleep, sweep2wake function
Sokong USB Fast Charge


:)

Kalau rasa kernel ni berguna dan nak sumbang sedikit penat lelah saya mengusahakan kernel ni... boleh buat demikian di sini


Terima kasih

Sunday, December 1, 2013

Kernel Self Compiled untuk KitKat pada LG Nexus 4 (Mako)

Berikut adalah koleksi kernel yang telah saya compile semula menggunakan (seingat saya semua)  Linaro toolchain, tanpa perubahan pada source code (kecuali installer script sahaja.. suka-suka)

Aufa Kernel (based on Hell Core kernel)

Faux Kernel

Semaphore Kernel

Nanti bagi komen lah ya.

Ada kernel lain macam Franco saya ada .img file sahaja.. nanti ada masa (bukan sekarang) saya buatkan installer file dia