Sunday, November 10, 2013

Custom ROM yang korang suka

Saya baru je beli LG Nexus 4 terpakai (second hand). Owner lama pulak install Cyanogen Mod dalam tu dengan TWRP. 

Saya sebelum ni hanya root phone sahaja, belum lagi install custom ROM, sebab malas nak bricked kan phone - tak berapa expert.

So bila dah ada TWRP ni senang jek. Kita backup current ROM, then flash ROM baru dengan Google Apps yang serasi kemudian tu.

Sebab Google App ni hanya ada dalam factory ROM sahaja.. jadi kalau guna custom ROM kena install asing-asing.. dan kena make sure sama dengan versi Android yang kita guna.. kalau ICS guna 4.1.. kalau Jelly Bean guna yang compatible dengan 4.3..

Setakat ni saya dah test:

Cyanogen Mod
AOKP 
Carbon
Sentinel
Avatar
PacMan
MIUIv5

dan beberapa ROM lain.. tak ingat. 
ada yang best, ada yang tak. 

Ikut taste sendiri


Wednesday, November 6, 2013

Unofficial Android KitKat 4.4 ROM

aku baru flash unofficial ROM. best gak. ringan jek
yg ketara "Messaging" digabungkan dengan Hangout
tak tau la korang suka ke tak








Monday, November 4, 2013

Android KitKat 4.4 Leaked APK

Siang tadi saya sempat memuat turun beberapa "leaked" APK untuk Nexus 5. 
Saya dah muat naik ke Dropbox saya. Beberapa APK seperti Calendar, Gmail, Camera, Keep dan wallpaper boleh dipasang. 

Walau bagaimanapun anda mungkin menghadapi masalah apabila Playstore yang anda gunakan tidak dinaiktaraf terlebih dahulu. Sila uji dengan peranti anda dan buat salinan untuk app firmware anda terlebih dahulu


Monday, December 31, 2012

Modded WhatsApp with personalized themes

Originally from XDA.

You can actually download the APKs from my mirror:
File 1
File 2

This, will bring more colour to your WhatsApp display.

Wednesday, December 12, 2012

Nexus 7 vs Ipad Mini, mana satu pilihan anda?

Nexus 7 (Android) dari ASUS dan Ipad Mini merupakan "neck to neck" competition, di mana peminat tegar masing-masing akan mempertahankan sistem pilihan mereka.

Secara ringkas ini pendapat saya:

Pro untuk Nexus 7:

  • Murah
  • Bentuk lebih menarik dan "solid" tidak seperti tablet Samsung



Kontra:

  • Tiada kamera belakang, hanya kamera depan



Pro untuk iPad Mini:

  • Ada kamera depan dan belakang (5MP!)
  • Lebih kecil berbanding iPad yang tipikal


Kontra:

  • Mahal berbanding Nexus 7 (mempertimbangkan spesifikasi berbanding Nexus 7.. saya kira berbaloi)
  • Tiada paparan retina seperti iPad4 yang turut diperkenalkan bersama-samanya


Itulah sahaja secara ringkas. Buat masa ini, jika anda tidak kisah dengan kamera belakang, Nexus 7c 32GB dan sokongan 3G dijual untuk RM1,099 .. yang bagi saya dianggap murah berbanding dengan iPad mini dengan spesifikasi yang hampir sama.

Bila pula LG Nexus 4 akan ke Malaysia? :)


Saturday, October 20, 2012

Galaxy Note II dilancarkan

GN II sampai ke Malaysia akhirnya. Dengan spesifikasi 2GB RAM dan Quad core CPU, tentunya ia adalah peranti yang lebih diminati berbanding pesaingnya.

Harga pasaran adalah sekitar RM2, 299 untuk SME unit. Ada satu kedai yang saya lihat jual murah sedikit (OK la tu). Nak tau? Kena reply post ni.

Thursday, October 11, 2012

Huawei Ascend P1

Huawei Ascend P1 adalah telefon pintar yang baru diperkenalkan oleh Huawei di Malaysia. Dengan harga serendah RM939 (saya beli pada RM899) di pasaran buat masa ini, ia menawarkan:

  • storan bina dalam 4GB
  • slot mikro SD
  • kamera 8MP belakang dan kamera depan (specs malas nak check), HD video
  • pemprosesan mikro 1.5Ghz dwi teras
  • ICS 4.0.3



Saya rasa pada harga yang sedemikian dan ciri-ciri yang ditawarkan ia adalah telefon yang termurah untuk satu jenama yang boleh dipercayai, walaupun tidak sepopular Samsung, HTC dan Motorola.

Setakat ini saya sangat berpuas hati dengan telefon ini.


Dari segi penanda aras, ia menduduki tangga yang lebih baik dari SGS II (sepatutnya ia duduk di kedudukan lebih baik dari Galaxy Nexus, disebabkan CPU yang lebih laju, 1.5Ghz dual core berbanding 1.2Ghz dual core Nexus). Mungkin ia hanya masalah pada peranti saya.. perbandingan yang lebih adil boleh dibuat pada telefon yang baru dibuka dari kotak dan belum dipasang apa-apa aplikasi yang lain.