Saturday, October 20, 2012

Galaxy Note II dilancarkan

GN II sampai ke Malaysia akhirnya. Dengan spesifikasi 2GB RAM dan Quad core CPU, tentunya ia adalah peranti yang lebih diminati berbanding pesaingnya.

Harga pasaran adalah sekitar RM2, 299 untuk SME unit. Ada satu kedai yang saya lihat jual murah sedikit (OK la tu). Nak tau? Kena reply post ni.

Thursday, October 11, 2012

Huawei Ascend P1

Huawei Ascend P1 adalah telefon pintar yang baru diperkenalkan oleh Huawei di Malaysia. Dengan harga serendah RM939 (saya beli pada RM899) di pasaran buat masa ini, ia menawarkan:

  • storan bina dalam 4GB
  • slot mikro SD
  • kamera 8MP belakang dan kamera depan (specs malas nak check), HD video
  • pemprosesan mikro 1.5Ghz dwi teras
  • ICS 4.0.3



Saya rasa pada harga yang sedemikian dan ciri-ciri yang ditawarkan ia adalah telefon yang termurah untuk satu jenama yang boleh dipercayai, walaupun tidak sepopular Samsung, HTC dan Motorola.

Setakat ini saya sangat berpuas hati dengan telefon ini.


Dari segi penanda aras, ia menduduki tangga yang lebih baik dari SGS II (sepatutnya ia duduk di kedudukan lebih baik dari Galaxy Nexus, disebabkan CPU yang lebih laju, 1.5Ghz dual core berbanding 1.2Ghz dual core Nexus). Mungkin ia hanya masalah pada peranti saya.. perbandingan yang lebih adil boleh dibuat pada telefon yang baru dibuka dari kotak dan belum dipasang apa-apa aplikasi yang lain.